Friday 3 June 2011

Guru dan ICT

Teaching Mathematics Using Tablet PC
Peranan Komputer Dalam P&P

Penggunaan teknologi sangat banyak membantu dan memudahkan pencapaian objektif P&P. Penggunaan MS Powerpoint misalnya banyak membantu. Kita juga tidak perlu berhadapan dengan masalah menyimpan ABM yang kita gunakan. Semuanya boleh disimpan dalam laptop. Mudah bukan. Selain memboleh penggunaan pelbagai medium untuk diintegrasikan dalam slaid Powerpoint sebagai ABM, kita juga boleh mengedit ABM kita dengan mudah untuk kesesuaian aktiviti P&P.

Namun begitu, salah satu masalah yang dihadapi ialah kesukaran menggunakan fungsi pen untuk menulis sesuatu pada slaid. Tulisan kita nampak buruk. Jadi apabila melihat iklan tablet dengan multitouch screen membuatkan saya terfikir sekiranya ia boleh digunakan untuk P&P tetapi kebanyakan tablet tidak mempunyai sambungan ke LCD/Projektor. Kebanyakan perisian tablet juga berorientasikan hiburan.

Oleh itu, kemunculan notebook dengan fungsi multitouch screen sangat sesuai untuk digunakan oleh para pendidik. Sesetengah notebook didatangkan dengan digital pen untuk menulis atau melukis. Menggunakan notebook biasapun sangat memudahkan guru dan menjadikan P&P sangat menarik, apatah lagi jika kita dapat menggunakan notebook dengan multitouch screen. Mesti lagi best!